APAKAH emoji? Pernahkah anda terfikir apa makna dan fungsi emoji ini hinggakan hampir semua orang kini menggunakannya dalam laman sosial baik WhatsApp, Twitter, Instagram, Facebook dan lain-lain.

Pada mereka yang tidak tahu, emoji ini merupakan imej digital kecil atau ikon yang digunakan untuk menyatakan idea, emosi dan lain-lain dalam komunikasi elektronik.

Semalam merupakan Hari Emoji Sedunia dan sehubungan dengan itu, Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg sempat memuatnaik perkongsiannya 10 emoji paling banyak digunakan dalam laman tersebut.

Berdasarkan bancian, emoji yang paling popular adalah 'tangisan kegembiraan' manakala tempat kedua ialah 'mata berbentuk hati' dan tempat ketiga pula adalah emoji 'flying kiss'.

Antara emoji lain yang menduduki carta ialah 'ROFL' (rolling on floor), 'senyum sambil mulut terbuka', 'hati', 'kenyit mata' 'muka senyum', 'menangis' dan ' senyum gembira'.

Sementara itu, turut disertakan negara-negara yang banyak menggunakan emoji tersebut. Di United Kingdom popular dengan emoji 'tangisan kegembiraan'.

Perancis pula popular dengan emoji 'kenyit mata, di Jerman dan Thailand pula adalah 'senyum mulut terbuka' dan 'senyum gembira'.

Bagi Indonesia dan Amerika Syarikat pula  suka menggunakan emoji 'ROFL', selain itu, Brazil dan Mexico masing-masing sering menggunakan emoji 'mata hati' manakala negara yang popular dengan istilah cinta, Sepanyol dan Itali pula selalu gunakan emoji 'flying kiss'.

Apa pula emoji yang sering anda gunakan?

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGGUNAAN frasa kata kunci “PM saya sis, Done PM, atau Check DM telah diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  • SUSULAN isu panas yang membabitkan perniagaan atas talian yang telah diberi amaran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung kontroversi ‘PM tepi’.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.