Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mendominasi kawasan tertentu.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang, warga asing yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR) sudah menjadikan ia perkampungan kecil mereka.

Rakyat Malaysia sedia maklum dan tidak menafikan kepentingan warga asing untuk melicinkan kerja-kerja di sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Namun yang menjadi kegusaran apabila ada di kalangan mereka yang mula menjadikan kawasan tertentu sebagai perkampungan kecil hinggakan ada rakyat negara ini terasa seperti menumpang di negara sendiri.

Di kawasan perkampungan kecil itu, mereka umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang-undang apabila bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit dan ketua kawasan sendiri.

Ada pula kawasan yang sudah mereka duduki bertahun-tahun lamanya. 

Ternyata lambakan warga asing meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan juga soal keselamatan.

Ikuti tinjauan dan laporan wartawan Sinar Harian di beberapa kawasan di Lembah Klang yang 'panas' dengan penempatan warga asing.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAMPUNG Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada dimonopoli oleh warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.
  • JIKA pasar borong Selayang dijadikan perkampungan warga Myanmar, Gombak pula menjadi pilihan...
  • GERAI yang terletak di bawah jejambat Kampung Pandan Dalam ini memang popular. Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan-rakan, terutamanya pada hujung minggu. Memang tak ubah seperi 'Mini Jakarta'.
  • Kebanjiran warga asing dalam negara dilihat semakin membimbangkan. Resolusi Kerajaan Persekutuan membuka kemasukan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja bagi sektor seperti perladangan, pembinaan dan pembantu rumah dan lain-lain mungkin telah disalah guna sesetengah pihak yang mungkin melalui proses salah semata-mata ingin kaut keuntungan berlebihan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.