KONSEP dakwah santai melalui program “Street Dakwah: Islam is Peace” dapat menarik minat warga ibu kota di Jalan Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Seramai 30 peserta dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Skuad Mubaligh Selangor, Pertubuhan Amal Firdausi KL dan Selangor (Pafi), Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, Bright Atfal, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Bridged Bakti Malaysia, berada di Stesen Monorel Jalan Bukit Bintang seawal 4 petang.

Pengasas Baitul Fiqh, Haliza Abd Halim berkata, program kali kedua itu mendekati masyarakat khususnya yang bukan Islam untuk mengenali Islam itu indah dan membawa keamanan.

“Sukarelawan turut mengedarkan tudung, stoking dan sarung tangan kepada golongan Muslimat, serta al-Quran terjemahan bagi Muslim.

“Selepas jam 6 petang, kami bergerak ke lokasi seterusnya di tepi Sungai Klang untuk aktiviti Street Feeding. Bungkusan makanan dan minuman diagihkan kepada rakan jalanan untuk berkongsi rezeki dan bertanya khabar,” katanya.

Presiden Pafi, Mohd Raffie Jaafar berkata, gabungan NGO turun padang untuk menjalani dakwah santai untuk menyebarkan kebaikan Islam kepada masyarakat umum.

“Pendekatan muzik jalanan oleh Mohd Abu Dzar Abu Samah dapat menarik minat golongan muda. Diharapkan mereka tertarik untuk mendekati al-Quran melalui perkongsian kami. Ia seterusnya membina jati diri dan keyakinan.

Haliza, Mohd Raffie (kanan) ketika aktiviti Street Feeding di tepi Sungai Klang.

“Aktiviti dakwah jalanan ini juga memberi kesan kepada kami untuk terus bersemangat menyebarkan agama Islam,” ujarnya.

Usaha dakwah tersebut turut disambut baik oleh Dr Rosli Ismail sekeluarga. Beliau yang merupakan pensyarah Unisel dan Pengasas Bright Atfal berpendapat Street Dakwah dapat dijadikan platform untuk mendidik generasi muda dalam kerja dakwah di lapangan.

Sementara itu, Pengerusi Skuad Mubaligh Selangor, Muhammad Alfie Ng berkata, aktiviti dakwah jalanan mampu berkongsi fahaman Islam yang betul kepada masyarakat di luar masjid atau tempat pengajian agama.

Beliau turut teruja ketika mengagihkan makanan kepada rakan jalanan. Ini mengingatkan dirinya terhadap kesusahan orang lain.

“Ini adalah peluang yang baik kita mengenali masyakat dengan lebih dekat. Saya juga tertarik dengan seorang remaja yang berpenampilan punk dikatakan telah menghafaz 30 juzuk al Quran.

“Bekas pelajar sekolah pondok ini sempat memperdengarkan bacaan ayat al-Quran dengan indah. Dari situ saya belajar untuk tidak menilai orang pada luaran, mungkin ilmu seseorang itu lebih tinggi daripada kita,” ujarnya yang berharap program Street Dakwah dapat diadakan setiap bulan.

Sebahagian sukarelawan dari NGO menjayakan program Street Dakwah di Jalan Bukit Bintang.

Pengarah Projek WUI, Nurhayati Nordin turut berkongsi maklumat mengenai program #savingfamilies di bawah kempen My Family #QuranHour.

Turut hadir penggerak Rumah Ngaji @ Taiping, Hanita Hashim dan penggerak Rumah Ngaji @ Persatuan Kebajikan  Raudhah Al-Jannah, Rapiaah Ali.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANGLADESH. Ini kisah aku. Bukan kisah kau. Tetapi kisah kami. Sakit. Tetapi, sakit ini bukan aku sahaja pernah rasa. Ribuan lagi senasib dengan ku. Tapi apa yang boleh aku dan kami buat?
  • VIETNAM sedang pesat membangun, tanda-tandanya jelas kelihatan di merata tempat.
  • SENYUMAN, riang tawa kanak-kanak Rohingya di kem Asean Village, Balukhali, Cox’s Bazar, Bangladesh sudah cukup menggambarkan betapa leganya hati mereka berada di kem yang terbina hasil daripada program SINAR4ROHINGYA.
  • ORANG selalu beranggapan, kedai-kedai kopi atau gerai di Kelantan memang menyediakan makanan manis dan akhirnya ia menjadi salah satu faktor penyebab penyakit kencing manis, namun ia sebaliknya pula berlaku.
  • BANGLADESH. Satu blok, sekurang-kurangnya satu masjid dan maahad tahfiz. Itu antara sistem infrastruktur penempatan pelarian Rohingya di Kem Balukhali, di Cox's Bazar, Bangladesh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.