• Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta Menyediakan pakej serendah RM95
  • Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta Hazrita
  • Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta Khairudin
1 /

Kehidupan di kota metropolitan menuntut kita untuk menjadi lebih bertenaga bagi berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab.

Anggota badan kita bukanlah mesin, andai digunakan tanpa henti atau tidak memberi peluang untuk dirawat atau dimanjakan tentu akan membawa kesan buruk.

Lantas muncul banyak spa, salun, butik kecantikan atau gimnasium yang menawarkan pelbagai rawatan penjagaan kesihatan dan kecantikan diri.

Salah satu daripadanya ialah Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta yang beroperasi di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Berbeza dengan yang lain, Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta diasaskan oleh sepasang suami isteri, Khairudin Johari dan Hazrita Hamzah ini ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Apatah lagi apabila ia menawarkan banyak rawatan penjagaan tubuh badan dari dalam dan luar di bawah satu bumbung, selain menyediakan pelbagai kemudahan lain khas bagi bakal raja sehari.

Spa konsep Bali

Khairudin yang bertindak sebagai Pengarah Urusan berkata, Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta menawarkan pakej spa berkonsepkan Bali dengan menjadikan herba tradisi dan aromaterapi sebagai bahan asas.

“Kami menggunakan bahan-bahan asas 100 peratus organik yang terdiri daripada herba, buah-buahan, kopi dan minyak aromaterapi.

“Kopi digunakan sebagai salah satu bahan asas kerana memiliki kandungan pH hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent dan sangat sesuai digunakan untuk perawatan kulit,” katanya.

Selain itu, katanya manggis juga digunakan sebagai bahan asas dalam perawatan di spa ini.

“Buah manggis mempunyai Xanthones - sejenis super antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan dan dapat menjadikan kulit awet muda,” katanya.

Dalam pada itu, Khairudin berkata, terdapat pelbagai pakej istimewa bagi perawatan spa seperti pakej Seri Anggun, Seri Pengantin, Seri Jelita, dan pakej mini yang berharga serendah RM95.

“Pakej Seri Pengantin mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang bakal menjadi raja sehari disebabkan ia mampu menaikkan seri wajah bakal pengantin,” katanya.

Sambutan hangat

Menceritakan mengenai butik pengantinnya pula, Khairudin memberitahu dengan pembukaan butik pengantin itu, pelanggannya dapat melihat dan mendapatkan kesemua produk perkahwinan di bawah satu bumbung.

“Jadi di sini, kami dapat menempatkan kesemua produk perkahwinan seperti pelamin, persalinan baju, kasut, gubahan hantaran dan sebagainya untuk tatapan pelanggan.

“Secara tidak langsung, ia memudah dan menjimatkan masa pelanggan kami,” jelasnya.

Tambahnya, butik perkahwinannya boleh dipanggil sebagai pusat sehenti kerana pihaknya turut menawarkan perkhidmatan katering, kanopi, fotografi, videografi, gubahan hantaran dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan perkahwinan.

Katanya, kesemua perkhidmatan tersebut bukanlah di bawah kelolaannya tetapi dia bekerjasama dengan rakan-rakan yang turut mengusahakan produk perkahwinan ini.

Dalam masa sama, jelasnya, butiknya turut menyediakan beberapa pakej pada harga yang berpatutan malah sekiranya bakal-bakal pengantin tidak memilih mana-mana pakej, Khairudin juga boleh menyediakan persediaan mengikut bajet mereka.

“Terdapat sembilan pakej perkahwinan yang disediakan iaitu pakej Sanggar Intan, Sanggar Cinta, Sanggar Delima, Sanggar Nilam, Sanggar Permata, Sanggar Mutiara, Sanggar Emas dan Sanggar X-klusif dengan harga serendah RM700,” katanya.

Menurutnya, produknya itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan walaupun baru sahaja beroperasi kerana tawaran harga dan layanan mesra daripada kakitangan.

“Harga yang dikenakan pula amat murah menjadikan tempat ini popular di kalangan penduduk di sekitar Bangi,” katanya.

Menurutnya, beliau berhasrat menjadikan Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta sebagai pusat rawatan kecantikan bagi bakal pengantin dan menjadi pilihan utama di kalangan penduduk di Bangi dan kawasan sekitar Lembah Klang.

“Dengan pakej lengkap dan murah, bakal pengantin tidak perlu lagi tercari-cari perkhidmatan spa dan butik pengantin kerana semua telah tersedia di bawah satu bumbung.

“Saya yakin Butik Pengantin & Spa Sanggar Cinta mampu berdaya saing dan seterusnya akan menjadi pilihan yang utama di kalangan pelanggan terutamanya penduduk di sekitar Bangi dan sekitar Lembah Klang,“ ujarnya.

Beliau berkata, ia kerana konsep dan keunikan bahan asas dalam pakej spa serta harga berpatutan yang ditawarkan.

Katanya lagi, dalam tempoh lima tahun akan datang, beliau akan membuka cawangan di beberapa negeri selain menjadi sebagai jenama yang diyakini pelanggan.

“Ilmu dan kemahiran yang dimiliki di dalam bidang ini juga akan dikongsi bersama dengan membina modul latihan dan bimbingan agar dapat membantu individu terutama ibu-ibu tunggal serta suri rumah,” katanya.

Waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan pelanggan perlu membuat temu janji bagi menempah pakej yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://spa-sanggarcinta.blogspot.com, http://butikpengantinsanggarcinta.blogspot.com atau laman sosial Facebook di www.facebook.com/butiksanggarcinta atau emel di butiksanggarcinta@yahoo.com.