PENGGUNAAN frasa kata kunci “PM saya sis, Done PM, atau Check DM telah diharamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengarah bahagian penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin mengeluarkan amaran kepada peniaga atas talian dan semua web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual  dan maklumat produk yang dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu.

Mohd Roslan berkata,  tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

”Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual sama ada sengaja atau tidak.

”Frasa ”PM saya, sis”, “Done PM”  antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga,” tegasnya.

Tambah beliau, peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvensional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

  • Harga perlu dibayar
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran

Untuk makluman, undang-undang ini dikuatkuasakan setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri.

”Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri. Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi.

“Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat. Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.” kata Mohd Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Mohd Roslan turut menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang telah disenaraikan oleh kementerian boleh didenda di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 dengan penalti seperti berikut :

Penalti Individu:

Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Penalti Pertubuhan Perbadanan:

Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM200,000.

Kesalahan berterusan:

Denda tidak melebihi RM1,000 sehari bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan berterusan selepas sabitan bagi individu atau pertubuhan perbadanan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Rakyat Malaysia, terutama mereka yang berusia antara 16 hingga 35 tahun perlu mempertimbang untuk mempelbagaikan pelaburan serta simpanan mereka bagi mengelak mempunyai dana persaraan yang tidak mencukupi.
  • SHAH ALAM - Pertubuhan kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menggesa semua negara Islam agar berhenti daripada bersifat dayus dalam menangani isu penghapusan etnik Rohingya yang kini semakin meruncing.
  • PUTRAJAYA - Lebih ramai golongan wanita digalakkan terlibat dalam bidang keusahawanan.
  • KOTA BHARU - Kitab suci Al-Quran dilengkapi dengan terjemahan kini boleh didapati dalam bentuk satu buku setiap juzuk (perjuzuk) terbitan Kumpulan Media Karangkraf memudahkan para pengguna memilih mana-mana juzuk yang dikehendaki untuk dibaca.
  • KUALA LUMPUR - Karnival Usahawan Desa 2017 (KUD 2017) merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk-produk tempatan berkualiti.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.