UMUM selalu membaca atau mendengar yang bersenam mampu mengurangkan risiko sakit kronik seperti sakit jantung, diabetes atau osteoporosis.

Penyelidikan juga membuktikan kesan terbaru yang mengejutkan; senaman mampu menghangatkan lagi hubungan intim dengan pasangan.

Dipetik dari artikel oleh CNN, bersenam secara konsisten disifatkan sebagai 'viagra semulajadi' untuk kaum lelaki, iaitu mengurangkan masalah lemah tenaga batin.

Dalam sebuah ujian, sejumlah lelaki berumur pertengahan tahun dan tidak aktif diarahkan mengikuti sesi senaman berat untuk sembilan bulan.

Hasilnya, mereka melaporkan terdapat peningkatan frekuensi hubungan intim, peningkatan fungsi seksual dan lebih puas dalam hubungan intim.

Mereka yang tidak pernah bersenam pula mendapat kesan yang lebih ketara.

Ujian melibatkan kaum wanita yang aktif pula menyebut lebih ramai mempunyai keinginan hubungan seksual dan lebih puas berbanding wanita yang tidak aktif.

Perkara tersebut didakwa mempunyai kaitan rapat dengan pengaliran darah.

Selain itu, bersenam juga memperbaiki keyakinan dan 'self-image' dan ianya memainkan peranan dalam konteks yang tersebut.

Mereka yang bersenam 'lebih dikehendaki' sebagai pasangan dan dianggap boleh memberikan hubungan intim yang baik.

Mereka yang membuat senaman 'strength training' pula akan mendapat kesan peningkatan hormon testosterone dan meningkatkan kemahuan seksual dikalangan lelaki dan wanita.

Kepada mereka yang tertanya-tanya adakah hubungan intim dikira sebagai senaman, ianya bergantung kepada tempoh dan 'intensity' hubungan intim berkenaan.

Penyelidikan membuktikan hubungan intim dikalangan golongan dewasa mampu membakar 3 hingga 4 kalori untuk setiap minit.

Tidak kisah berapa kalori yang dibakar semasa hubungan intim, yang pasti mereka yang mengikuti ujian tersebut lebih menikmatinya.