HOTEL Armada dengan ketinggian 24 tingkat membolehkan pengunjung yang menginap dapat menikmati pemandangan yang sewajarnya. Kesemua bilik dilengkapi televisyen plasma 40” dengan USB serta sambungan wi-fi percuma.

Menyediakan sebanyak 257 bilik penginapan yang selesa dengan ruang dalaman bergaya moden kontemporari memenuhi tren terkini. Bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut, kemudahan membuat teh atau kopi dan bar mini juga disediakan.

Hotel ini baru sahaja mengubahsuai 49 bilik eksklusif di lima tingkat ‘Premier’ bermula daripada tingkat 21. Ia memberi jaminan kepada tetamu merasai pengalaman yang menyeronokkan. Semua penginapan bagi tetamu menawarkan kemudahan yang difi kirkan dengan teliti bagi memastikan rasa selesa yang sukar ditandingi.

Setiap bilik hotel dan ruang koridor di aras Premier menggunakan lampu energy –saving dan permaidani plush dari bahan recycle. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini menyenangkan para tetamu.

Jamu selera dan hiburan

Makanan tempatan dan Jepun yang lazat disajikan di dua restoran yang terdapat di hotel iaitu Utara Coffee House dan Shokudo sebuah deli Jepun . Pilihan menjamu selera di dalam bilik juga boleh disediakan.

Utara Coffee House boleh memuatkan sehingga 180 orang pda suatu masa dan dibuka dari jam 6.30 hingga 2.00 pagi pada setiap hari. Ia juga menjadi ruang pilihan untuk mengadakan majlis khas namun tertakluk kepada tempahan.

Shokudo menyediakan makanan terbaik dari Jepun dalam suasana cozy. Ia terletak di aras 1 dan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 11 malam ( kecuali Ahad).

Penggemar kopi , snek enak serta rangkaian minuman terpilih boleh menikmatinya di kafe’ 52 atau Piano Lounge. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.

The Merchant Live di aras satu wajar dikunjungi buat anda yang suka berhibur. Live band yang energetik dihidangkan buat tetamu dari Khamis hingga Sabtu bermula jam 9.30 malam.Bilik karoake dilengkapi dengan sistem canggih dan bilik yang luas memberi keselesaan buat tetamu.

Sebelum memasuki ke bilik, disambut dengan lampu LED aneka warna dan reka bentuk spiral. Anda boleh memilih sama ada karoake di bilik Red,, Silver dan Gold. Setiap bilik luas mampu memuatkan 20 hingga 30 orang. Teknologi canggih melengkapi bilik ini dengan sistem bunyi yang terbaik.

Bilik mesyuarat dan pengajuran acara

Untuk tujuan bermesyuarat pula Atlanta Ballroom di aras tiga boleh menempatkan 350 hingga 500 orang tetamu dengan kemudahan tercanggih.

Terdapat juga enam bilik serba guna lain sekiranya ingin menganjurkan aktiviti. Hotel Armada juga baru memperkenalkan The Latitude, ruangan baru untuk penganjuran acara yang sangat luas dan bergaya. Ia meliputi tiga bilik suite dengan kemudahan kontemporari. Ia mampu menempatkan sehingga 250 orang tetamu.

Kemudahan yang hebat dan lokasi yang strategik menjadikan Hotel Armada pilihan yang sempurna untuk percutian atau bersantai di hujung minggu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KISAH keindahan kawasan peranginan Tasik Kenyir yang terhasil daripada Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Hulu Terengganu di sini sejak sekian lama menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara khususnya dalam kalangan kaki pancing dan pencinta alam semula jadi.
  • MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apakah tragedi Memali yang pernah menggemparkan negara sebelum ini, apatah lagi, ia kini turut menjadi punca kekecohan di sebuah forum melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.