KEBANYAKAN ibu bapa pasti curiga dengan tahap kebersihan kawasan permainan 'ball pit' yang dipenuhi dengan bola-bola plastik atau kain lembut.

Berdasarkan satu kaji selidik, 99.9 peratus kawasan permainan kanak-kanak yang seumpamanya mungkin didiami kuman dan bakteria.

Pengurus StemProtect, Mark Hall merupakan seorang ayah yang bimbang terhadap kesihatan dua anaknya yang masih kecil dan telah berkongsi mengenai 'penemuannya'.

Mark mendakwa telah membuat bancian ke atas lebih 600 individu terutamanya pasangan suami isteri dan sebahagian dari mereka menceritakan pengalaman buruk anak mereka ketika bermain.

Antaranya, pasangan suami isteri memberitahu, anak mereka terkencing ketika bermain di dalam 'ball pit' dan pergi tanpa memberitahu sesiapa mengenai insiden tersebut akibat malu.

"Anda tak perlu periksa bola-bola tersebut. Anda sendiri boleh nampak kotoran dan daki di atas objek-objek berkenaan," kata Mark dipetik laporan The Guardian.

Seorang profesor, Sally Bloomfield mengatakan 'ball pit' sama kotor dengan mana-mana kawasan permainan yang membolehkan kanak-kanak bermain dalam jumlah yang ramai.

Kata Sally, bakteria atau kuman tersebut 'tidaklah merbahaya' tetapi adalah bukti jelas persekitaran yang kotor.

"Ini bermakna jika ada seorang kanak-kanak yang membawa sebuah virus, objek yang mereka mainkan juga boleh tercemar dengan virus berkenaan," jelas Sally.

"Kuman dan bakteria boleh hidup untuk tempoh yang lama, jadi pembersihan yang kerap perlu dilakukan.

"Kawasan-kawasan bermain atau riadah perlu diuruskan dengan betul. Contoh lain adalah kolam renang awam," tambah Sally.

Selain itu, Sally mengatakan adalah mustahil untuk menghapuskan kuman dan bakteria sepenuhnya.

"Tapi anda boleh minimumkan risiko dijangkiti kuman dan bakteria," kata Sally.

"Ibu bapa perlu memastikan anak mereka membersihkan tangan sebelum makan atau selepas keluar tandas," akhiri Sally.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KISAH keindahan kawasan peranginan Tasik Kenyir yang terhasil daripada Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Hulu Terengganu di sini sejak sekian lama menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara khususnya dalam kalangan kaki pancing dan pencinta alam semula jadi.
  • MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apakah tragedi Memali yang pernah menggemparkan negara sebelum ini, apatah lagi, ia kini turut menjadi punca kekecohan di sebuah forum melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.