KELEMUMUR merupakan masalah kulit kepala, disebabkan beberapa faktor seperti kulit kepala terlalu berminyak tetapi kering, stress, produk syampu yang tidak sesuai, gaya hidup yang sangat aktif, peluh dan haba daripada pemakaian tudung dan sebagainya.

Masalah kelemumur ini biasa terjadi pada orang yang mempunyai kulit kepala jenis berminyak, ataupun jenis normal tapi kerap berminyak disebabkan gaya hidup aktif ataupun faktor aktiviti seharian yang menyumbang kepada kepala berminyak.

Kelemumur datang daripada kulit kepala yang tidak sihat. Cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah dengan mempunyai kulit kepala yang sihat.

Penjagaan asas kulit kepala

Syampu

Kulit kepala kering bermaksud terdapat banyak sel kulit mati pada permukaan kulit kepala. Jika anda mampu, disarankan untuk membuat pemeriksaan kulit kepala menggunakan teknologi terkini.

Kerapkan syampu kepala jika mempunyai gaya hidup aktif, terutamanya jika memakai hijab kerana haba mudah terperangkap dalam tudung. Yang penting, bergantung dengan aktiviti seharian, kulit kepala mesti di bersihkan.

Disarankan untuk mempunyai syampu anti-kelemumur bagi hari-hari aktif dan syampu yang sesuai untuk kegunaan seharian bagi hari-hari biasa seperti syampu organik. Pastikan syampu betul-betul diratakan seluruh kulit kepala.

Pemakanan seimbang dan kawal stres

Salah satu cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah pemakanan seimbang yang penuh dengan zat galian, vitamin dan mineral akan merawat secara dalaman, pasti akan menunjukkan kesan luaran. Penghasilan minyak berlebihan ialah disebabkan pemakanan yang berlemak dan tinggi kanduan garam dan gula.

Stres menggalakkan penghasilan toksin dalam badan, maka dengan itu banyak kajian telah membuktikan kaitan stres dengan kulit tidak bermaya, jerawat, rambut gugur dan keletihan. Kawal stres dengan melakukan senaman yoga ataupun beristirehat di waktu petang dengan menonton TV sambil minum secawan teh herba serta bersiar-siar bersama rakan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORNOGRAFI semakin hari semakin bermaharajalela dikalangan masyarakat Malaysia. Masih lagi memandang enteng terhadap virus pornografi ini. Hal ini kerana, kita tidak mengerti dan mengenal siapakah musuh kita.
  • AYAT yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang dicantumkan ini disebut ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk terbahagi kepada Ayat Majmuk Gabungan, Ayat Majmuk Pancangan dan Ayat Majmuk Campuran.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.