SERING berdepan kesesakan setiap kali tiba musim cuti sekolah di Cameron Highlands, netizen gesa semua pihak mainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah itu.

Memandangkan destinasi ini merupakan, pusat pelancongan yang terkemuka di negara ini bagi pelancong dari kumpulan domestik dan antarabangsa, ia perlu disegerakan.

Sebab sebahagian besar daripada ekonomi Cameron Highlands dijana oleh sektor pelancongan yang bernilai hampir RM260 juta setiap tahun.

Netizen juga berpendapat, penambahbaikan yang ingin dilakukan itu, bukan perlu bergantung kepada kerajaan pusat semata-mata, sebaliknya kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan.

Ini sebab, pada akhirnya ia akan memberikan pulangan atau manfaat kepada kerajaan negeri juga.

Perlu wujudkan pengangkutan awam termasuk keretapi atau kereta kabel yang terus ke tanah tinggi sebagaimana ke Genting Highlands, bagi mengurangkan kemasukan jumlah kenderaan.

Malah ada juga yang berpendapat agar diwujudkan 'shuttle bus' sepanjang pusat pelancongan itu dengan mencadangkan supaya pengunjung hanya pakir kenderaan mereka di hotel dan pusat penginapan masing-masing.

Kerana dengan keadaan cuaca sejuk yang pemandangan di sekitan Cameron Highlands amat menarik jika teroka dengan cara ini.

Malah pengurangan gas karbon monoksida juga dapat diminimumkan.  

Tidak kurang juga yang berpendapat, destinasi pelancongan pilihan rakyat di negara ini perlu ditambah supaya dapat memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih tempat yang sesuai setiap kali tiba musim cuti sekolah, bukan hanya tertumpu kepada satu lokasi sahaja.

Dengan cara itu, ia menggalakan lagi rakyat melancong di dalam negara berbanding ke luar negara.  

Selain itu, pembangunan segera juga perlu dilakukan di Loging sebagai Sebagai alternatif perlancongan agro tanah tinggi.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu setiap kali cuti hujung minggu dan cuti umum.

Beliau berkata, kedudukan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara menarik hampir 20,000 pelancong dari dalam dan luar negara setiap minggu.

“Disebabkan cuti panjang bermula Sabtu lalu, kadar kemasukan pelancong ke Cameron Highlands meningkat sehingga 50,000 orang dalam masa empat hari lalu. Semua pusat penginapan seperti hotel/rumah sewa penuh,” katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tangani segera Cameron Highlands sesak: Sivarraajh]