PERMULAAN tahun baharu ini kebanyakan kanak-kanak sibuk dengan dua minggu pertama mereka di sekolah, namun sesetengahnya terpaksa menghabiskan hari mereka di hospital.

Menyedari hal ini, syarikat pembangun produk inovatif dan penyelesaian pelanggan, 3M Malaysia dan jawatankuasa Kelab Sukan mereka menganjurkan lawatan ke wad pediatrik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai sebahagian usaha mereka menyebarkan kegembiraan dan memberi senyuman pada kanak-kanak di situ.

 Semasa lawatan tersebut, Pengarah Urusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair, mengedarkan 70 'Kotak Cinta' kepada anak-anak terbabit.

"Kotak Cinta adalah sebahagian daripada program jangkauan pekerja yang diadakan semasa Parti Krismas 3M Malaysia pada tahun 2017. Para pekerja 3M Malaysia menaja kotak untuk sekurang-kurangnya RM10 setiap satu, dan semua hasil kemudiannya digunakan untuk membeli barang-barang di dalamnya.

"Apa membuat kotak-kotak ini istimewa adalah dekorasi dilakukan oleh kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Amal Kasih Bestari," katanya.

 Di samping itu, Parameswaran turut mendermakan Dispenser Air 3M ™ yang disaring HCD-1A bernilai RM4,799 ke wad itu sebagai sebahagian daripada matlamat syarikat menyediakan air minuman bersih , selain menyerahkan dua kotak mainan 3M untuk bilik permainan wad.

 “Di 3M Malaysia, kami percaya adalah penting untuk melibatkan diri dengan komuniti dan memberi balik setiap kali apa kami dapat. Kami gembira bahawa isyarat kecil kami telah membawa senyuman ke wajah mereka.

"Ini juga memberi motivasi kepada kami meneruskan usaha dan menyumbang kepada pelbagai komuniti sebagai sebahagian usaha berterusan kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dan masa depan," kata Parameswaran.