SEJAK kebelakangan ini, minuman teh hijau semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di negarfa ini, tidak kira golongan apa pun.

Malah, ada juga yang menjadikan ia minuman harian, memandangkan terdapat kajian mengatakan teh hijau mampu menguruskan badan.

Tahukah anda bahawa teh hijau adalah minuman paling sihat di planet ini? Ia sarat dengan antioksidan dan nutrien yang memberikan kesan positif pada badan.

Kajian penyelidikan juga turut mengesahkan bahawa minuman ini sangat bagus untuk kesihatan.

Teh hijau mengandungi sebatian bioaktif yang meningkatkan kesihatan dan sebatian bioaktif pada daun teh mengandungi jumlah nutrien penting pada badan yang turut berperanan sebagai antioksidan.

Selain itu, kompaun dalam teh hijau meningkatkan fungsi otak, membuatkan anda lebih bijak

Teh Hijau mengandungi kurang kafein berbanding kopi namun masih berupaya memberikan kesan yang sama. Ia juga mempunyai asid amino L-theanine yang boleh berfungsi secara sinergistik dengan kafein untuk meningkatkan fungsi otak.

Minuman itu juga dapat meningkatkan pembakaran lemak dan prestasi fizikal kerana teh hijau dikatakan meningkatkan kadar metabolisme untuk meningkatkan pembakaran lemak dalam jangka pendek, namun tidak semua kajian bersetuju dengan kenyataan ini.

Teh hijau juga didapati mempunyai antioksidan yang kuat yang melindungi daripada kanser. Kajian menunjukkan bahawa peminum teh hijau mempunyai risiko yang lebih rendah daripada pelbagai jenis kanser.

Ia dapat melindungi otak dan mengurangkan risiko Alzheimer serta Parkinson.

Sebatian bioaktif dalam minuman ini memberikan perlindungan pada neuron seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson yang merupakan gangguan neurodegeneratif paling biasa ditemui.

Catechin dalam minuman ini boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan beberapa virus dalam pergigian seterusya mengurangkan jangkitan dan paling penting, nafas tidak berbau.

Malah, beberapa ujian dijalankan menunjukkan ia menyebabkan pengurangan kadar gula dalam darah.

Justeru, untuk masa panjang, teh hijau boleh mengutrangkan risiko diabetes jenis II.

Teh hijau mempunyai jumlah kolesterol yang rendah membuatkan peminumnya mempunyai risiko penyakit kardivaskular yang lebih rendah dan sesetengah kajian menunjukkan bahawa teh hijau membantu mengurangkan berat badan terutamanya lemak di bahagian perut.

Minuman tersebut mengurangkan risiko penyakit kardivaskular dan kanser justeru, membuatkan peminum dapat hidup lebih lama.

Satu kajian di Jepun melibatkan 40,530 orang dewasa yang minum lebih lima cawan teh hijau setiap hari berkemungkinan untuk hidup melebihi usia 57 tahun.