• Samad Kassim Samad Kassim
1 /

SERI SERDANG – Pengerusi Gabungan Persatuan Penternak Ruminan Malaysia, Samad Kassim menyatakan kesediaan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan calon lama di Dun Seri Serdang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Bendahari Cawangan Umno Batu 14 Puchong berkata, beliau hanya membawa suara akar umbi yang mahu perubahan calon dan transformasi dilakukan di kawasan yang menjadi antara pengundi teramai di negeri ini.

Samad berkata, tiada perubahan dan pembaharuan dilakukan wakil rakyat yang sudah 20 tahun memegang jawatan itu malah lebih dikesalkan pejabat parti bahagian masih disewa dan tidak mempunyai pejabat sendiri seperti di Umno bahagian lain.

Menurutnya, rakyat mahu wakil yang senang ditemui dan sentiasa dekat dengan mereka.

“Sekiranya menjadi calon, kebajikan rakyat semua bangsa dan parti akan dijaga dan mencari penyelesaian kepada masalah membebani mereka,” katanya.

Samad yang kini dilantik sebagai Ahli Majlis Ruminan Negara berkata, beliau akan menjadikan slogan semua parti politik termasuk Ubah, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan Memberi perkhidmatan untuk semua sebagai asas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.