• Mustapa (tengah) bersama calon BN kawasan Kuala Balah,  Abd Aziz (dua, kiri) dan Adhan Kechik (Bukit Bunga) (tiga, kanan) hadir bagi menyerahkan borang pencalonan. - Foto Bernam Mustapa (tengah) bersama calon BN kawasan Kuala Balah, Abd Aziz (dua, kiri) dan Adhan Kechik (Bukit Bunga) (tiga, kanan) hadir bagi menyerahkan borang pencalonan. - Foto Bernam
  • Nik Aziz menuju ke pusat penamaan calon di SMK Pengkalan Cepa 1. - Foto Bernama Nik Aziz menuju ke pusat penamaan calon di SMK Pengkalan Cepa 1. - Foto Bernama
  • Calon BN kerusi Gombak, Datuk Dr Raman Ismail (kanan) bersalam dengan lawannya Azmin Ali yang merupakan penyandang. - Foto Bernama Calon BN kerusi Gombak, Datuk Dr Raman Ismail (kanan) bersalam dengan lawannya Azmin Ali yang merupakan penyandang. - Foto Bernama
  • Calon BN kerusi Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam bersalam dengan pencabarnya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan). - Foto Bernama Calon BN kerusi Bukit Katil, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam bersalam dengan pencabarnya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan). - Foto Bernama
  • Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam  dengan lawannya dari PKR Fariz Musa. - Foto Bernama Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam dengan lawannya dari PKR Fariz Musa. - Foto Bernama
  • Calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) dan calon Pas, Hazri Jusoh yang bertanding di kerusi Dun Kijal. - Foto Bernama Calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (kiri) dan calon Pas, Hazri Jusoh yang bertanding di kerusi Dun Kijal. - Foto Bernama
1 /

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 579 kertas penamaan calon bagi 222 kerusi Parlimen, dan 1,324 bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sepanjang tempoh penamaan calon yang berlangsung dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas pencalonan untuk kerusi Dun ditolak namun tiada pencalonan untuk kerusi Parlimen yang ditolak.
   
"Penolakan kertas-kertas penamaan calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya adalah disebabkan terdapat mereka yang datang menyerahkan kertas penamaan didapati tidak mempunyai kelayakan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Pencalonan di kerusi Dun yang ditolak bagaimanapun tidak dinyatakan.
   
Kamaruddin berkata tiada calon yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun, dan tiada calon yang menarik diri sehingga tempoh penamaan berakhir.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun  ke atas.
   
Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi DUN sebagai calon Bebas.
   
"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
   
"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya.

Kamaruddin berkata bagi kerusi Parlimen, seramai lapan calon berada dalam kategori umur 21-29 tahun, 77 calon (30-39 tahun), 145 calon (40-49 tahun), 223 calon (50-59 tahun) dan 126 calon berusia 60 tahun ke atas, manakala bagi kerusi Dun, seramai 26 calon dalam kategori 21-29 tahun, 176 calon (30-39 tahun), 455 calon (40-49 tahun), 492 calon (50-59 tahun) dan 172 calon lagi berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata terdapat seorang calon di Melaka yang bertanding di kerusi Parlimen sebagai calon DAP, tetapi bertanding di kerusi Dun sebagai calon Bebas.

"SPR berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon pada hari ini. Sepanjang tempoh penamaan calon berlangsung, SPR tidak menerima sebarang laporan/insiden yang tidak diingini yang boleh mengganggu atau menjejaskan perjalanan proses penamaan calon di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Oleh itu SPR merumuskan perjalanan proses penamaan calon berjalan lancar. SPR mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan proses penamaan calon dalam keadaan aman dan tenang," katanya. - Bernama