• Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) semasa sidang media khas pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRU13 di Ibu Pejabat SPR Putrajaya hari ini. - Foto Bernama Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) semasa sidang media khas pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian bagi PRU13 di Ibu Pejabat SPR Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
1 /

PUTRAJAYA - Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung seperti biasa di kawasan Lahad Datu dan Semporna, dua lokasi dipantai timur Sabah yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata maklumat yang diterimanya menunjukkan situasi di kedua-dua kawasan itu semakin pulih.

"Sama ada perlu atau tidak tambahan daripada aspek keselamatan semasa proses pilihan raya berlangsung, SPR serahkan kepada pihak keselamatan kerana mereka lebih arif," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini.

Ia bagi mengumumkan hari pengundian PRU13 yang ditetapkan pada 5 Mei manakala penamaan calon ialah 20 April. Pengundian awal pula berlangsung pada 30 April.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu. - Bernama