SIK - Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kampung Charok Tala Dun Jeneri akan dilakukan selepas PRU14.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, peruntukan awal berjumlah RM1 juta dibelanjakan bagi pembinaan berkenaan.

“Proses pengambilan tanah dan sebagainya sedang dilakukan, kita dah kenal pasti dan mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

“Pecah tanah dibuat selepas proses pengambilan tanah selesai, secepat mungkin. Jika boleh, selesai dibina sebelum jumpa sekali lagi pada lima tahun akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Karnival Rakyat, hari ini.

#prusinar
#aparakyatmahu