LEMBAH JAYA – Amanah Selangor sekali lagi berhasrat  mahu mendapatkan tiga kerusi lagi, iaitu Seri Serdang, Lembah Jaya dan Sungai Burong.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim, setakat ini pihaknya berpuas hati setelah parti itu memperoleh sembilan kerusi dalam rundingan agihan kerusi Dun Selangor.

“Kita masih menunggu proses rundingan minggu depan berkaitan enam lagi kerusi dalam pertikaian.

"Setakat ini, kita selesa dengan sembilan kerusi yang diperoleh kerana itu yang kita minta, tetapi masih ada beberapa kerusi kita minta masih belum dapat,” katanya,semalam.

Beliau berkata, pihaknya mahu menyelesaikan segera rundingan pengagihan kerusi untuk PRU14.

“Kita mahu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, kita juga bersetuju untuk melepaskan kerusi Sungai Panjang untuk diserahkan kepada Bersatu.

“Kita banyak berlapang dada, tetapi jangan lah kita dapat jumlah kerusi yang sedikit dan jaraknya terlalu jauh dengan komponen lain dalam Pakatan Harapan, saya berharap pengagihan kerusi ini dibagi secara adil kepada semua komponen Pakatan Harapan,” katanya selepas menghadiri Ceramah Pemimpin Pakatan Harapan dan Pelancaran Jentera Amanah Amanah Ampang, kelmarin.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dun dan pada PRU13, PKR memenangi 14 kerusi, DAP (15) dan Amanah (2). Bilangan kerusi PKR dan DAP bagaimanapun berkurang 1 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dan Loh Chee Heng keluar parti.

#prusinar  #aparakyatmahu