BENTONG - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan desas-desus mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dalam PRU14 nanti.

Pengerusi Umno Pahang itu bagaimanapun membayangkan akan ada seorang calon BN di negeri ini yang akan bertanding dua kerusi, Parlimen dan Dun.

“Memang kita akan cuba meletakkan calon-calon yang boleh bertanding dua kerusi, tetapi saya tidak termasuk dalam kategori itu,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran Projek Perumahan Rakyat Kampung Baris di sini, hari ini.

Pada PRU13, Adnan menang buat kali ketujuh di kerusi Dun Pelangai dengan majoriti 2,475 undi apabila memperoleh 6,245 undi menewaskan Abdul Hamid Bahatin (Pas) yang mendapat 3,770 undi.

#prusinar
#aparakyatmahu