SERDANG – Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak membimbangkan Wanita Umno Bahagian Puchong kerana yakin sebahagian besar ahli masih kekal bersama Umno.

Ketua Wanita Umno Bahagian Puchong, Hasnah Dain berkata, beliau mengakui terdapat dua atau tiga ahlinya yang sudah ‘berpindah’ ke parti lain namun ia tidak menjejaskan pergerakan sayap tersebut di bahagian Puchong.

“Hasil semakan kita dapati hanya beberapa orang saja yang dah ke sana (Pakatan Harapan), mereka ini bukanlah orang kuat parti malah tidak aktif ketika masih dalam Umno.

“Bagi saya kalau satu pergi 10 akan datang kerana pengundi dah buka mata serta menilai Umno adalah parti terbaik,” katanya ketika ditemui selepas Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Puchong di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), semalam.

Hasnah berkata, ditambah dengan perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Puchong ketika ini, beliau yakin Umno masih kuat.

“Macam Umno walaupun ada masalah dalaman tapi kita masih boleh bersama dalam program dianjur termasuk mesyuarat perwakilan hari ini (semalam),” katanya.

Beliau sebelum itu menasihatkan perwakilan wanita supaya  kerja lebih kuat, turun padang, dan kekal melaksanakan tanggungjawab walau apa pun rintangan dihadapi.

“Jika PRU14 tahun depan, kita ada masa untuk mantapkan lagi apa yang sudah disiapkan. Wanita sentiasa bersedia apa sahaja dan bila sahaja  waktu  dipalukan kompang.

“Cabaran tidak banyak kalau kita bersatu, kalau berpecah, walaupun wanita bekerja kuat, ia  tidak mencukupi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMPANG - Seramai 547 ahli Umno dan Pas telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu Bahagian Ampang.
  • KUALA LUMPUR - Selebriti popular Azwan Ali tidak menafikan dirinya dedak kepada Umno.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Umno bahagian Silam, Datuk Yusof Apdal mengulangi pendirian untuk meneruskan karier politknya bersama Umno dan sama sekali tidak akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan abangnya, Datuk Mohd Shafie Apdal.
  • KUALA LUMPUR - Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Cadangan Pakatan Harapan untuk meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, disifatkan sebagai satu helah untuk mengaburi mata rakyat.