KUALA LUMPUR - Perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' yang diadakan di ibu negara hari ini mengemukakan tiga tuntutan.

Wakilnya, Lochna Chandran berkata, bantahan tersebut ditujukan kepada pihak terlibat.

"Kami wanita Malaysia menyuarakan bantahan terhadap politik toksik yang makin berleluasa kini.

"Kami wanita Malaysia membantah perlakuan yang berunsur keganasan, perbuatan ancaman terhadap individu dan sikap berunsur rasis serta seksis.

"Dan kami sebulat suara menolak calon dari mana-mana parti yang menggunakan keganasan  dan juga politik toksik," katanya ketika berucap pada perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' hari ini.

Selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, perhimpunan itu turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.