SHAH ALAM - Veteran Umno menyokong cadangan Umno bertanding di PRK Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri jika tidak terikat dengan mana-mana perjanjian mahupun Perlembagaan BN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, bertanding atas nama Umno membolehkan parti itu mengukuhkan kekuatannya selepas mengalami kekalahan pada PRU14 lalu.

Menurutnya, sekiranya Umno memenangi PRK tersebut, ia jelas membuktikan parti Melayu itu masih relevan khususnya untuk orang Melayu.

“Veteran Umno menyokong saranan ini sekiranya tidak ada sebarang ikatan dalam BN yang menegah mana-mana parti komponen bertanding atas nama parti sendiri.Veteran Umno sokong jika Umno tak terikat dengan Perjanjian BN

“Umno boleh mengukuhkan kekuatannya sendiri selepas kekalahan PRU14 sekali gus mampu menafikan dakwaan pelbagai pihak bahawa Umno sudah hancur dan gulung tikar,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Sungai Kandis: Bertanding atas nama Umno bukan BN]