SHAH ALAM - Pemilihan calon bagi mewakili Umno untuk bertanding pada PRU14 tidak sepatutnya dijadikan agenda utama kerana dibimbangi menyebabkan perpecahan dalam parti.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, apabila berlaku keretakan di dalam parti, ia hanya akan merugikan Umno kerana perkara itu semestinya akan dimanipulasi oleh pembangkang sebagai modal kempen mereka.

“Jangan bebankan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu pemilihan calon PRU14 ini.

“Soal siapa dipilih dan siapa tidak terpilih bukannya isu atau tanda soal yang perlu diluahkan secara terbuka.

“Sebaiknya, pemilihan calon perlu diserahkan kepada Presiden bagi memastikan Umno menang dengan cemerlang pada PRU14 ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan, Isnin ini, dan salah satu destinasi dalam jadual kunjungannya adalah Port Dickson.
  • TANJUNG RAMBUTAN - BN Perak menyenaraikan beberapa individu dalam kalangan penjawat awam di negeri ini sebagai calon mereka pada PRU14 nanti.
  • SHAH ALAM - Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihaknya tidak mampu memenuhi semua janji pemimpin mereka jika menang pada PRU14 kerana mengambil kira faktor realistik.
  • KUALA LUMPUR - Perebutan undi Melayu pada PRU14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
  • SHAH ALAM - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM1.3 billion untuk membangunkan lima projek infrastruktur di Langkawi didakwa kerana takut akan bayang-bayang Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad.