SHAH ALAM - Pengerusi Parti Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan mereka yang memberi undi kepada Pas, sama seperti mengundi BN.

Ini kerana dakwa beliau, ketika Pas dijemput untuk menyertai gabungan parti-parti untuk menentang BN dalam PRU14, Pas meletak syarat yang tetap akan memecah dan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan.

"Syarat Pas sebenarnya akan memberi kemenangan kepada BN," katanya yang dipetik menerusi tulisan terbaharunya di blog http://chedet.cc.

Mengimbau semula sejarah, parti Pas, Mahathir berkata, sejak parti itu ditubuhkan, ia tidak pernah menang di peringkat nasional untuk menjadi Kerajaan, terutama di waktu bertanding tersendiri.

"Adakala Pas menang hanya satu kerusi sahaja. Yang terbanyak ialah 11 kerusi. Pas hanya dapat berada dalam Kerajaan Pusat apabila ia menyertai Barisan Nasional," katanya lagi.

Justeru, katanya, hakikatnya ialah hanya apabila Pas bergabung dengan parti lain, terutama apabila bergabung dengan DAP yang disebut oleh Pas sebagai, 'tahaluf siyasi' barulah Pas menang sebanyak 24 kerusi sekali dan 27 kerusi sekali.

"Tetapi gabungan yang disertai oleh Pas tidak dapat mendirikan  kerajaan pusat," katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pemuda Umno merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sikap ambil peduli kerajaan terhadap cadangan yang pernah diutarakan menerusi ketuanya, Khairy Jamaluddin beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga direalisasikan oleh kerajaan.
  • JELI - Lebih 30,000 anggota veteran Umno Kelantan bersedia untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  • IPOH - Hasrat Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands PRU14 akan dibincangkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu ini.
  • KANGAR - MCA sedia berbincang dengan parti-parti komponen BN untuk bertukar kerusi bagi meningkatkan peluang kemenangan calon masing-masing dalam PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.