JOHOR BAHRU - Umno Bahagian Tebrau akan meneruskan usaha untuk mendaftar pengundi baru dalam persiapan awal menghadapi PRU14.

Menerusi usaha itu, jentera parti menggalakkan penduduk yang berhijrah dan bermastautin di kawasan Tebrau supaya menukar alamat.

Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, usaha itu amat penting di samping menggandakan inisiatif memupuk kesedaran politik berikutan ramai penduduk berbangsa Melayu yang masih tidak berdaftar sebagai pemilih.

“Bila kita buat pemeriksaan ada yang masih menggunakan alamat di Kota Tinggi, Pengerang, Tenggara dan lain-lain. Mereka tidak mahu tukar alamat kerana ‘sayangkan’ kad pengenalan sedangkan orang luar yang datang ke negeri ini tukar alamat untuk jadi pengundi tempatan.

“Inilah sikap orang kita yang perlu diubah. Ada beberapa kawasan seperti rumah pangsa yang ada 2,000 penduduk, tetapi yang menjadi pengundi tempatan hanya kira-kira 800 orang,” katanya pada Majlis Makan Malam Meraikan Jentera Pemuda Umno Tebrau PRU13 di Tanjung Puteri Golf Resort, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin M. Jamaluddin dan Pengarah Unit Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Othman Ibrahim.

Majlis turut menyaksikan pelancaran program Ziarah Ramadhan edisi ke-9 membabitkan kerjasama mahasiswa UTM.

Menyentuh mengenai Ziarah Ramadhan kali ini, beliau menyifatkan kerjasama mahasiswa bertujuan menunjukkan golongan muda sentiasa prihatin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Umno tidak akan mengikat mana-mana calon wakil rakyat mereka seperti mana dilakukan parti pembangkang bagi mengelak ahlinya keluar atau lompat parti selepas menang PRU14.
  • SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa kembali ke pangkuan Umno untuk mengukuh, mempertahankan dan menjulangUmno di persada dunia, bukan menghancurkanmya.
  • MACHANG - Kelibatnya cukup sinonim dengan Umno, biarpun di mana program diadakan, asalkan anjuran Umno, dia pasti ada.
  • SHAH ALAM - Umno Kelantan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membiarkan Pas menang di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
  • SABAK BERNAM - Segala perancangan dan program bantuan yang dilaksanakan sejak penubuhan Umno tidak boleh ditandingi mana-mana parti termasuk sebuah parti baharu yang kononnya ingin menggantikan Umno.