PASIR GUDANG - Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.
   
Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.
   
"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.
   
"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.
   
Menteri Pengajian Tinggi itu  mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan 13 kerusi - tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) - pada Pilihan Raya Umum berkenaan.
   
Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan.
   
Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR GUDANG - Kempen undi rosak yang dilancarkan pihak tertentu sebenarnya bertujuan untuk menafikan hak rakyat serta pengundi bagi memilih kerajaan yang berwibawa.
  • PASIR GUDANG - PKR dianggap sebagai syok sendiri apabila mendakwa Pakatan Harapan (Harapan) bakal menguasai Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Johor pada PRU14 nanti.
  • PASIR GUDANG - BN akan menyediakan wakil rakyat yang fokus memberi khidmat kepada masyarakat dan bukannya semata-mata hendak memastikan kemenangan kerusi ditandingi.
  • PASIR GUDANG - Kritikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap projek pembangunan mega, Forest City hanya untuk mencari publisiti.
  • PASIR GUDANG - Umno masih diperlukan sebagai wadah terbaik untuk memajukan orang Melayu.