PEKAN - Tun Dr Mahathir Mohamad perlu  membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aset beliau dan anak-anak sekiranya benar tidak melakukan kesalahan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Jika tidak ada masalah atau kesalahan yang dilakukan, terutamanya sepanjang tempoh mentadbir urus negara, jangan takut dan biar SPRM melakukan siasatan... Mahathir perlu terbuka.

"Berani kerana benar, takut kerana salah dan kalau kita berani mencabar orang kita mesti berani untuk dicabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional 2017 di perkarangan Dewan Serbaguna, Kampung Pahang Tua di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau sedia disiasat SPRM berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta yang dilemparkan Dr Mahathir.

Menurut Ahmad Zahid, beliau rela disiasat demi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan besar namun pada masa SPRM perlu turut menyiasat kekayaan yang dimiliki bekas perdana menteri itu dan anak-anaknya.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata adalah tidak adil sekiranya Ahmad Zahid sahaja bersedia disiasat SPRM tetapi Dr Mahathir enggan berbuat demikian. –Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar melihat semula kenyataannya yang dibuat 12 tahun lalu yang menyatakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu melabur lebih banyak di seberang laut agar pencarum dapat menerima dividen yang lebih baik.
  • SHAH ALAM - DAP menegaskan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan patung boneka mereka, seperti yang dimomokkan oleh BN dan Umno ketika ini.
  • GOMBAK - Pembangkang perlu bertolak ansur dan berkorban terutama terhadap rakan politik bagi merealisasikan matlamat merubah tampuk pemerintahan negara.
  • KLANG - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sanggup mengakui dirinya tidak percaya kepada konsep ‘Ketuanan Melayu’ semata-mata demi membalas dendamnya terhadap Umno sekaligus memenangi PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.