SHAH ALAM - Pemuda Pas Gombak mengalu-alukan kesediaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi memberi laluan kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada PRU14 nanti.

Ketuanya, Dr Md Noor Hussin berkata, Pemuda Pas Gombak telah bersiap sedia untuk hadapi saingan tiga penjuru atau lebih di Parlimen Gombak tanpa mengira siapa pun calon sama ada daripada  Pakatan Harapan mahupun BN.  

"Pemuda Gombak mengambil cadangan tersebut sebagai cabaran dan bersedia menyahutnya sebagai anak jantan.

"Dengan "track record" yang ada pada Tun, Pemuda Gombak tidak memandang enteng cabaran tersebut memandangkan lawan kali ini ialah seorang bekas diktator yang mempunyai pengalaman puluhan tahun. Tun, kami tunggu mu datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sedia beri laluan Tun M bertanding Parlimen Gombak]

Sinar Online hari ini melaporkan Azmin bersedia untuk memberi laluan kepada Mahathir untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau secara peribadi tiada masalah berbuat demikian, namun bergantung atas persetujuan parti.

Mengulas lanjut, Md Noor berkata, Pemuda Gombak bersedia dengan seluruh kekuatan yang dimiliki untuk turun ke medan perang politik kali ini untuk menamatkan riwayat politik Mahathir.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :