SHAH ALAM - DAP menegaskan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan patung boneka mereka, seperti yang dimomokkan oleh BN dan Umno ketika ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, amat mustahil untuk Mahathir menjadi patung boneka untuk partinya serta dirinya, dengan terdapat beberapa perbezaan ideologi politik di antara mereka berdua.

“Mengapa saya perlu menjadi tuan yang memberi arahan kepada Mahathir sekarang ini kalau kita melihat kepada logik bahawa sebelum ini, Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Saya rasa, budak sekolah pun boleh fikir sama ada betul atau tidak Mahathir adalah boneka saya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru, beliau meminta kumpulan cybertroopers Umno dan BN supaya berhenti menyebarkan propaganda tersebut yang didakwanya sebagai salah satu cara untuk menghina pemikiran orang Melayu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau dan Mahathir mempunyai satu matlamat sama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal dan bebas kleptokratasi.

“Malaysia sekarang dikenali dunia sebuah negara kleptokrat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib selama beberapa tahun, sesuatu perkara yang mungkin kita tidak fikirkan sepanjang beberapa dekad penubuhan negara ini.

“Malah, kita telah ditinggalkan oleh negara Korea Selatan dan Taiwan dan lebih membimbangkan, sekiranya beberapa negara lagi seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia meninggalkan kita dalam pelbagai aspek pembangunan negara.

“Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam usaha menyelamatkan negara ini bagi memperbetulkan keadaan supaya Malaysia kembali menjadi contoh terbaik kepada negara lain dalam pelbagai aspek,” tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLUANG - Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat dalam usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai hipokrit.
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu perkara demi kepentingan politik peribadi, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  • KOTA BHARU - Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuatkuasa Selasa lepas.
  • KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berjanji kosong apabila berkata beliau hanya memerlukan dua tahun untuk menyelesaikan masalah yang didakwanya disebabkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang dilihat cuba untuk menggagalkan pendaftaran Harapan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).