SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.

Beliau berkata, politik longkang dimaksudkan adalah termasuk budaya samseng serta fahaman rasis.

Katanya, amat penting untuk rakyat bersama-sama membangunkan sebuah bangsa yang bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

"Ia juga selari dengan pendirian tegas Raja-raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama termasuk penegasan mengenai keperluan memahami dan menghormati prinsip-prinsip murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutan.

"Pendirian Raja-raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh serta memimpin rakyat mendepani cabaran termasuk menjawab tindakan melampau individu dan kumpulan yang mengugat kestabilan serta keharmonian masyarakat majmuk," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Raja-raja Melayu bimbang selepas timbul tindakan individu tertentu bersifat keterlaluan yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menurutnya, Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Mohamed Azmin berkata, umat Islam dan rakyat Malaysia juga perlu menjunjung pedoman Raja-raja Melayu tentang sifat Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

"Pedoman Raja-raja Melayu menzahirkan keutuhan institusi raja berperlembagaan dan peranan signifikan Raja-raja Melayu sebagai suara nurani dan aspirasi rakyat.

"Justeru, saya ingin menyatakan bahawa prinsip-prinsip toleransi, kesederhanaan dan keharmonian yang disegarkan dan ditegaskan semula oleh Raja-raja Melayu akan terus menjadi tiang seri kerajaan negeri Selangor," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Kedudukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.
  • SHAH ALAM - Dakwaan kononnya terdapat lapan Adun PKR akan melompat parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, tidak benar.
  • KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
  • PERMATANG PAUH - Kerajaan Selangor harus mempamerkan keutamaan bagi menjaga kebajikan rakyat yang memberi mandat kepada PR sebelum ini untuk mentadbir Selangor selama dua penggal, berbanding isu politik semasa antara hubungan Pas dengan Pakatan Harapan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.