SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar Umno adalah disebabkan kerjasama Umno-Pas.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu juga berkata, kehilangan Mohamed atau Tok Pa memberi erti parti itu kehilangan cahaya yang mampu memberi perubahan selepas kalah dalam PRU14 lalu.

"Saya telah bersuara dalam memperingatkan parti saya terhadap pakatan dengan Pas. Dan saya menanggung serangan dari dalam.

"Sekarang, kami  kehilangan cahaya utama yang mampu mengubah parti. Seorang lelaki yang bijak dan baik," katanya menerusi Twitternya, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tok Pa keluar Umno ]

Khairy turut meninggalkan pesan buat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"This in on you, Mr Presiden," katanya