SHAH ALAM - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering memberikan nasihat berguna buat dirinya dalam menempuhi arena politik tanah air.

“Tunku menasihatkan saya supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, saya perlu sentiasa peka siapa kawan dan lawan. Perkara terakhir yang saya mahukan ialah dipergunakan untuk tujuan yang salah.

“Bagaimanapun, nasihat ini sebenarnya tertuju kepada semua, tidak kira parti, wakil-wakil pemimpin dan juga semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Syed Saddiq lagi, beliau sama sekali berbangga kerana Johor memiliki pemimpin seperti TMJ.

“Tunku sering menekankan tentang keperluan untuk ‘membersihkan sistem’ secara keseluruhannya serta tiada yang berkecuali, ini menunjukkan bahawa rasuah sama sekali tidak diterima di Johor.

“Rakyat Malaysia sememangnya memerlukan pemimpin yang lantang bersuara untuk menegakkan kebenaran.

"Tunku juga maklum perkara ini juga memerlukan keberanian, kejujuran dan bukan hipokrasi,” katanya lagi.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polemik di antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Tuanku Ibrahim perlu dihentikan segera kerana boleh memberi persepsi negatif kepada rakyat.
  • JOHOR BAHRU - Kelantangan dan keterbukaan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan cabaran dan krisis yang dihadapi Umno secara berdepan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapat pujian.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.