SHAH ALAM - Terdapat pelbagai andaian mengenai parti mana yang akan 'rugi dan untung' sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.

Bagi penganalisis politik dari Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib ada pelbagai andaian yang dapat dijangka jika situasi pertandingan sebegitu berlaku. 

"Ada syaratnya untuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru memberi impak menarik.

"Pertama ianya melibatkan pertandingan antara BN - Pas - Harapan. Jika sesebuah kawasan itu adalah komuniti majoriti Melayu, peluang Umno dan Pas untuk menang adalah seimbang dan mematikan pengaruh Pakatan," katanya kepada Sinar Online. 

Sementara itu, jelasnya sekiranya kawasan itu majoriti Cina, maka peluang bagi Pakatan sama ada DAP atau parti yang dianggap proksinya akan mudah untuk menang. 

"Ia kawasan selamat bagi Harapan," katanya.

Mengulas lanjut, Md Shukri yang juga merupakan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, menegaskan bahawa dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru, Pas akan menjadi parti terpenting penentu hala tuju kemenangan sama ada kepada BN atau Pakatan.

"Pas adalah parti yang releven dalam memusnahkan Pakatan," katanya.

Jelasnya lagi, "Paling bermanfaat adalah Pas kerana Pas akan menjadi parti paling manja kerana dibelai dan dipujuk pelbagai pihak,"

"Manfaat akan diperolehi Pas bukan hanya berkisar soal kemenangan di kerusi pilihanraya, tetapi soal kepentingan tokoh-tokoh Pas di dalam politik yang pastinya dilihat lebih 'bernilai tinggi' setanding emas dan berlian," katanya.

Menjelang PRU14 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang, pakatan pembangkang kini dilihat masih buntu untuk menyatakan satu permuafakatan politik bagi mengelak pertembungan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Bahang PRU14 sudah mula dirasai, ditambah dengan pembentangan bajet dari BN dan Pakatan Harapan (Harapan). Persoalannya, mampukah Harapan terus membawa misi mereka menawan Putrajaya dengan bajet bayangan bersama-sama manifesto sebelum ini?
  • SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengulangi kejayaan lebih cemerlang pada PRU14 akan datang.
  • KUALA LUMPUR - PRU 14 adalah pentas menguji populariti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kaitan dalam politik di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Umno perlu mengekalkan kuasa bagi mentadbir negara ini agar segala perancangan yang diaturkan kepada rakyat dapat dilaksanakan.
  • SHAH ALAM - MIC mahu semua ketua bahagian dan cawangan parti itu di Selangor menyokong penuh calon BN yang akan dipilih untuk bertanding pada PRU14 akan datang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.