TELUK INTAN - "Tidak perlu layan cabaran dia dan saya tidak perlu jawab apa-apa lagi."

Itu kata-kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditanya pemberita mengenai cabaran Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta beliau mendedahkan secara terperinci butiran Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dalam tempoh 24 jam bermula semalam.

Menurut Zambry, Kor Ming lebih rela berbohong bagi menarik perhatian rakyat seolah-olah menunjukkan dia mempunyai integriti dan dipercayai.

*Dapatkan akhbar Sinar Harian esok untuk berita penuh.

MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.