JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, enggan mengambil pusing mengenai situasi yang melanda Umno apabila beberapa pemimpin tertingginya bertindak meninggalkan parti.

Menurutnya, beliau juga sudah tidak mengikuti perkembangan Umno kerana telah lama meninggalkan parti tersebut.

"Saya dah lama tak ambil tahu dan saya tak ada dengar mana-mana pemimpin Umno Johor nak tinggalkan parti. Siapa sahaja yang keluar Umno, itu adalah hak mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong-royong perdana Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini pagi tadi.

Osman berkata, beliau tidak akan mencampuri situasi melanda Umno itu, sebaliknya menyerahkannya kepada ahli parti tersebut.

"Umno bukan lagi parti saya dan saya hanya jaga PH serta Bersatu sahaja," katanya.