GEORGETOWN- Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung wang berjumlah RM5 juta yang ditawarkan kepadanya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mengikut undang-undang, Syed Saddiq sepatutnya membuat laporan SPRM berserta bukti tentang tawaran itu bagi meninggalkan parti Bersatu dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan tawaran yang dibuat ke atas Syed Saddiq untuk tujuan tersebut.

"Seperti yang saya cakap, dia (Syed Saddiq) perlu buat laporan tentang perkara ini kepada SPRM. Ia bagi membolehkan SPRM menyiasat tentang dakwaan dia.

"Saya juga hairan mengapa media tidak menyiarkan nama orang itu (yang membuat tawaran). Saya juga antara yang berminat nak tahu siapa orang tersebut," katanya kepada media tadi.

[ ARTIKEL BERKAITAN:Wujud rangkaian dedak sistematik: Syed Saddiq ]

Ditanya sama ada perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan untuk dibincangkan, Guan Eng yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Semalam, dalam sidang medianya, Syed Saddiq mengakui ditawarkan wang bernilai RM5 juta daripada 'penasihat kanan perdana menteri' untuk meninggalkan parti dan menyambung pelajarannya ke luar negara.

Syed Saddiq berkata, umpan RM5 juta yang dibuat oleh 'rangkaian sistematik dedak' yang dirancang penasihat kanan itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Bukti terbaharu berhubung dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes Liwat II, diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
  • ALOR SETAR - Tiada keperluan untuk DAP Kedah mengemukakan senarai calon parti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • SHAH ALAM - Pas mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turut bersama menggesa kerajaan mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.
  • LENGGONG - Pembangkang tidak perlu ‘menggelabah’ dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan naib presiden sebuah parti politik di Sabah.
  • IPOH - BN Perak akan menghantar nama calon PRU 14 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.