SHAH ALAM - PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik keputusan menghentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti politik.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan SPR itu telah mendatangkan kesukaran untuk mengesan sebarang penipuan dalam senarai berkenaan.

"Keputusan itu perlu ditarik balik demi proses demokrasi yang telus dan adil.

"Bagi kami, RDPT yang dikeluarkan oleh SPR ini penting untuk memastikan senarai tersebut bersih daripada sebarang perkara yang meragukan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

29 April lalu, SPR mengesahkan mengeluarkan arahan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri untuk pemberhentian pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata surat itu adalah secara pentadbiran bagi pemakluman awal kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya lagi, keputusan SPR menarik semula pengedaran RDPT itu juga menyukarkan lagi pihaknya mengesan kehadiran pengundi hantu dalam kalangan pengundi.

"Untuk rekod, proses semakan yang kami lakukan sebelum ini dibuat secara teliti, satu demi satu nama pemilih disemak kesahihannya.

"Namun arahan terbaru SPR ini bermakna kami hanya boleh melihat senarai terbabit di lokasi tertentu," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Keputusan jemaah Kabinet yang terburu-buru memberi kebenaran terhadap Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dibentangkan di Parlimen menimbulkan keraguan oleh Pakatan Harapan.
  • SHAH ALAM - Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung cadangan menggunakan 100 peratus tenaga pekerja asing dalam sektor pembuatan amat dikesali.
  • SHAH ALAM - Anak sulung bekas Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar menzahirkan rasa syukur rentetan keputusan saman fitnah dimenangi bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
  • PERMATANG PAUH - Kerajaan Selangor harus mempamerkan keutamaan bagi menjaga kebajikan rakyat yang memberi mandat kepada PR sebelum ini untuk mentadbir Selangor selama dua penggal, berbanding isu politik semasa antara hubungan Pas dengan Pakatan Harapan.
  • PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu buat kajian dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa agenda reformasi telah terkubur.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.