KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof melepaskan semua jawatannya dalam Amanah.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, surat peletakan itu diterima pada 1 Julai lalu.

Katanya, Mohamad Ariff sebelum ini dilantik sebagai Ahli Majllis Penasihat Pakar Amanah dan Pengerusi Lembaga Disiplin dan Tata Tertib Amanah.

"Beliau telah menyerahkan surat peletakan semua jawatan kepada saya. Kini beliau hanya ahli biasa.

"Peletakan jawatan bago membolehkan keberkesanan beliau sebagai Speaker. Kami menerima keputusan beliau dan doakan beliau berjaya jadi Speaker yang paling berkesan dalam sejarah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mohamad Ariff dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 di sini hari ini.

Pencalonan beliau dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

[ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Mohamad Ariff speaker Dewan Rakyat: Tun M]