PASIR PUTEH - Lebih 100 anggota Umno Bahagian Pasir Puteh mengadakan solat hajat bagi memohon Allah melindungi dan memberi kemenangan kepada calon Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata solat berkenaan yang diadakan malam tadi bukan bertujuan melaknatkan Pas, sebaliknya mendoakan Allah memberi hidayah kepada mereka agar memilih calon Umno yang banyak berjasa kepada agama Islam.
"Ini berbeza ketika Pas mengadakan solat hajat di Kota Baharu bulan lepas di mana mereka mahu Allah melaknatkan Umno seperti melenyapkan firaun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mereka yang menyertai solat berkenaan terdiri daripada imam dan bilal masjid di sekitarnya, pendakwah dan penyelia pembangunan mukim (PPM) terutama yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan di sini.
Solat berkenaan diimamkan oleh Pemangku Imam Masjid Mukim Padang Pak Amat Mohd Nor Jusoh.
Zawawi berkata sudah sampai masanya umat Islam di Kelantan berfikir secara bijak tanpa emosi bahawa Pas banyak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam termasuk mengkafirkan Umno dan bersekongkol dengan DAP yang secara terang menolak negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata 22 tahun Pas memerintah Kelantan, tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membangunkan negeri ini sama ada dalam bidang rohani dan jasmani.
Katanya banyak janji yang dibuat Pas tidak ditunaikan seperti pembinaan stadium di Bukit Merbau di sini.
Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Umno untuk membangunkan negeri ini agar setanding dengan negeri lain. - Bernama
Solat hajat mohon BN menang PRU 13
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Mukhriz cabar pembangkang
- Nik Aziz : Apa guna popular jika tiada keadilan
- Tawan hampir semua ibu negeri
- PRU13 : SPRM terima tujuh laporan politik wang
- Kit Siang dakwa pelantikan 5 anggota Kabinet tidak sah
- Wan Azizah nasihat Azmin lawat ibunya
- Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan
- Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas
- Kamilia tampil mohon maaf
- Kongres PKR mungkin tiada pemilihan
- Amiruddin dijangka Ketua Pembangkang Dun Kedah
- Isa dedah dua faktor Anwar anjur Himpunan 505
- Zahid terus dibidas
- Anwar akui bukan mudah turunkan harga barang
- Pas Selangor: Tony Pua lupa keputusan yang dibincangkan
- Keputusan sabotaj Umno PRU13 minggu depan
- Pembantu khas Zairil dipukul
- Adun PR mahu cabar Akta Perhimpunan Aman
- Kongres PKR pilih tema hitam
- Isu Exco Selangor: DAP akan bincang semula




