SELAYANG - "Soal calon serah kepada pucuk pimpinan parti yang tentukan," demikian jelas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata, pemimpin yang berada di bawah perlu melaksanakan tugas seperti mana dimahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno.

"Tugas kita adalah bekerja, lakukan sebanyak mungkin aktiviti mahupun program dan berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.

"Saya buat kerja bukan mahu melobi untuk jadi calon. Soal siapa yang jadi calon itu biar pucuk pimpinan parti yang tentukan. Siapa saja jadi calon kita terima.

"Saya gunakan platform Yayasan Jamin adalah bertujuan untuk memupuk perpaduan sesama kita melalui pelbagai program yang dianjurkan yayasan ini," katanya.

Sohaimi yang juga Pengerusi Yayasan Jamin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Silarurrahim Syawal@SS di Pangsapuri Julia di Selayang malam tadi.

Sementara itu Sohaimi berkata, aktiviti kemasyarakatan seperti itu harus diperbanyakkan bagi memupuk semangat muhibah, kerjasama antara satu sama lain dalam masyarakat.

"Sebab itulah pada program malam ini kita anjurkan penghuni membawa makanan untuk majlis bagi menghidupkan suasana kerjasama sesama kita.

"Melalui program sebegini ketika ketepikan soal politik kepartian, mereka orang politik datang lima tahun sekali saja, jangan kerana politik kita berpecah," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri diingat supaya tidak bersikap baling batu sembunyi tangan ketika berdepan dengan pembangkang susulan dakwaannya bahawa Pakatan Harapan menipu rakyat.
  • SHAH ALAM - Negara kini berdepan dengan kepimpinan yang rosak di mana institusi-institusi utama sudah dicemari dan kebebasan pula dicengkam, dakwa DAP.
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri.
  • KOTA BHARU - Pemikiran dan keperibadian Presiden Pas ke-3, Dr Burhanuddin Al-Helmy atau lebih dikenali sebagai Pak Doktor harus menjadi contoh dan dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan Pas kini terutamanya dari segi penerimaan beliau terhadap semua lapisan masyarakat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.