PETALING JAYA - Sistem e-undi akan diteruskan bagi proses pemilihan PKR dengan penambahbaikan sistem itu, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, berdasarkan perjalanan pemilihan di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, sistem itu berjalan baik cuma beberapa peranti tidak berfungsi.

"Kita menerima saranan daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), e-undi ini diteruskan…laporan di Pulau Pinang, ia (e-undi) berjalan baik, cuma ada beberapa peranti tidak berfungsi dan ini akan diperbaiki," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, malam ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata kawalan keselamatan sepanjang pemilihan akan dipertingkatkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang. – Bernama