KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menyatakan kehadirannya pada sambutan ulang tahun parti Amanah di Dewan Tun Razak di Temerloh atas jemputan.

Syed Ali berkata, kehadirannya dalam majlis Amanah bagi menghormati jemputan dan juga sokongan moral kepada parti komponen PH berkenaan.

"Hadir atas hormati jemputan juga petanda sokongan moral.

"Kemungkinan semua ada masa akan menentukan," katanya kepada Sinar Harian.

Kemunculan bekas pemimpin Umno, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Syed Ali ketika sambutan ulang tahun Amanah, semalam menarik perhatian ramai kerana menimbulkan tanda tanya penyertaan mereka dalam parti lawan itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Wak Doyok sertai Amanah ]