SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan serangan demi serangan parti lawan Umno-BN dalam mempertikaikan struktur Pakatan Harapan adalah sengaja diutarakan demi memerangkap perbincangan politik Malaysia.

Naib presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, ia lebih tertumpu isu-isu teknikal sepertimana mentaliti Umno-BN dalam neraca politik mereka.

“Pakatan Harapan jelas agenda rakyat adalah jauh lebih penting yang mana telah disertakan agenda atau tindakan kritikal dalam 100 hari pemerintahan.

“Antara yang ditegaskan ialah dengan menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menstabilkan harga petrol, meringankan beban rakyat dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pakatan Harapan akan terus istiqamah dalam membawa agenda rakyat dan tidak seharusnya terhenti malah perlu lebih agresif lagi.

“Tanpa rakyat kita tiada apa-apa, rakyat adalah tuan kepada negara ini. Apa juga tindakan haruslah merujuk kepada keperluan rakyat.

“Kesepakatan Pakatan Harapan dalam memuktamadkan struktur organisasi, logo dan agenda 100 hari pemerintahan kerajaan menanti Pakatan Harapan, lantas ini menunjukkan Pakatan Harapan sangat serius dalam mengangkat agenda rakyat,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Anwar, Mahathir gempur Putrajaya ]

Terdahulu, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran pimpinan BN dan Umno melalui kesatuan politik di antara PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi PRU14 dalam membentuk kerajaan.

Oleh itu, Pakatan Harapan menyenaraikan enam matlamat bagi membentuk pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbir urus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Pemuda Bersatu Perak menganggap dakwaan kononnya Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan logo DAP sebagai tindakan terdesak.
  • PUTRAJAYA - Kami cuma nak desak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mempercepatkan pendaftaran Bersatu dan meluluskan Pakatan Harapan (Harapan) secara rasmi, bukannya nak bergaduh, kami tak sabar nak bersemuka dengan BN.
  • GURUN - Seramai 11 ahli Pemuda Parti Bersatu Parlimen Jerai melahirkan rasa kecewa atas tindakan pemimpin parti tersebut dan menggesa penjelasan tepat mengenai beberapa isu dalaman parti termasuk kekayaan anak-anak Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • SHAH ALAM - “Kenapa mereka yang bukan lagi ahli Bersatu menyibuk tentang urusan parti ini?” demikian kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.
  • RANTAU PANJANG - Walaupun pembahagian kerusi masih menjadi perbualan hangat namun Amanah yakin tiada sikap 'cah keting' membabitkan parti komponan Pakatan Harapan (Harapan).