SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berharap pilihan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson dalam PRK adalah pilihan tepat.

Dalam satu kenyataan di Twitter miliknya, Anwar berkata, Umno akan mengkaji semua kaedah yang ada dalam pilihan raya tersebut.

"Jadi Anwar mahu berlabuh di Port Dickson. Semoga pilihannya itu tepat. Umno akan kaji semua kaedah.

"Kita ingin dengar suara rakyat dan akan terus menghormati hak rakyat," katanya.

Teka-teki mengenai kerusi mana akan ditandingi Anwar terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya serta buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]