PASIR PUTEH - PRK Port Dickson serlahkan kerakusan politik PKR yang sebenar.

Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhamad Saifullah Ali berkata, PRK direka khas untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan penyandang tidak hilang kelayakan.

"Ratusan ribu ringgit dibelanjakan untuk PRU lalu, tiba-tiba kerusi dikosongkan begitu sahaja tanpa sebab munasabah.

"Dengan menggunakan syarat kekosongan kerusi yang mudah, maka PRK terpaksa diadakan, ini satu permainan jijik PKR," katanya.

Menurutnya, PKR sewajarnya menggunakan dana calon mereka sendiri untuk membiayai kos PRK Port Dickson.

"Perkara ini tidak patut berlaku ketika negara dalam keadaan menghampiri garisan muflis," katanya.