SHAH ALAM - Rakyat negara ini yang layak mengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi bagi tujuan PRU14 laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bermula hari ini.

Notifikasi mengenai semakan maklumat pusat mengundi itu tersedia kepada pelayar apabila mereka membuka laman sesawang SPR.

Semakan boleh dibuat menggunakan komputer riba mahupun telefon pintar yang akan memaparkan sama ada sekolah atau dewan pusat pengundi selepas pelayar memasukkan nombor kad pengenalan.

Maklumat ini boleh didapati melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di www.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak yang tersedia di Apple App Store dan Google Play, dengan menghubungi 03-8892 7018 atau menghantar SMS ke 15888.

Sebelum ini SPR memaklumkan, tarikh pengundian untuk PRU14 adalah 9 Mei, penamaan calon pada 28 April, sementara pengundian awal adalah pada 5 Mei.