KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menyaman bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan pemilihan beliau sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.

Mukhriz berkata, tindakan itu sebagai pengajaran supaya tiada pihak membuat pelbagai andaian yang tidak sepatutnya terhadap usaha Bersatu bagi menyelamatkan Malaysia.

“Hari ini (semalam) saya akan bincang dengan peguam mengenai perkara ini. Saya tidak nampak dia insaf dengan tuduhan liarnya itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat Bersatu, semalam.

Sebelum ini, Mukhriz mencabar Tunku Abdul Aziz menampilkan bukti dan sumber yang diperolehnya berhubung dakwaan itu.

Tunku Abdul Aziz mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah sepakat secara sulit  memilih Mukhriz sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU akan datang.

Mukhriz berkata, perkara sama telah dibangkitkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dan tindakan saman ke atasnya telah pun dilakukan.  

“Apa yang Tunku Abdul Aziz nyatakan itu lebih kurang seperti itu. Saya sangat yakin saya dipihak yang benar. Kalau tidak saya tidak berani ambil tindakan undang-undang.

“(Tindakan) ini (diambil) supaya tiada pihak berani membuat andaian bukan-bukan dengan mengaitkan (pemimpin Bersatu) dengan kepentingan peribadi sedangkan apa yang kami lakukan adalah untuk menyelamatkan negara,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pakatan Harapan berazam untuk menakluk dan merampas seluruh negeri yang berada dalam genggaman BN.
  • ALOR SETAR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih berani berdepan dengan audien untuk menjawab soalan ‘panas’, selain bersedia mengambil risiko berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak muncul di pentas Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pas menyifatkan kes saman fitnah presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menunjukkan perkembangan positif.
  • KUALA LUMPUR - Gerakan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenyataan beliau yang didakwa memfitnah parti itu dalam isu tanah di Tanjung Tokong.
  • SHAH ALAM - PKR memberi saranan kepada kerajaan agar menyaman Sarawak Report jika mendakwa laporan portal itu tidak benar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.