KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kemunculan ramai calon bebas sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen di negeri ini sebagai petanda Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang baik untuk mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 ini.
   
Beliau berkata kehadiran ramai calon membolehkan berlakunya pecahan undi di kawasan-kawasan kubu kuat pakatan pembangkang dan rakyat juga mempunyai banyak pilihan untuk memilih wakil rakyat yang terbaik.
   
"Kesannya (kemunculan calon bebas) boleh menjadikan keadaan kita (BN) lebih baik. Kita harap mereka bekerja bersungguh-sungguh dan dapat beri keyakinan bahawa kita bersedia berkhidmat kepada rakyat kerana itulah kewajipan kita," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas di sini hari ini.
 
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kepala Batas berkata pihaknya akan berjuang habis-habisan dan akan memberi sokongan penuh kepada keempat wakil UMNO yang bertanding di kawasan itu.
   
"Insya Allah kita akan capai kemenangan kerana persediaan rapi telah dibuat dan saya minta rakyat menilai secara bijak kerana semua calon kita adalah anak jati Kepala Batas bukan orang luar yang tidak pernah dilihat," kata Abdullah, penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas selama tujuh penggal sejak 1979.  - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Semua pihak perlu akur dengan keputusan PRU13 dan tidak lagi membangkitkan sebarang rasa tidak puas hati.
  • KUDAT - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat seperti terkandung dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
  • KUALA LUMPUR - PR menafikan pernah menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada PRU13 lalu.
  • SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat pertama kalinya sejak ditubuhkan pada 1949, akan menyaksikan pertandingan antara penyandang setiausaha agung dan presiden bagi jawatan tertinggi kesatuan itu pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali bulan depan.
  • KUALA LUMPUR - Isu pengundi Bangladesh dan gangguan bekalan elektrik semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lepas adalah antara soalan yang akan dijawab oleh kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.