SHAH ALAM - Rakyat Malaysia bersetuju kenaikan kos sara hidup di negara ini berpunca daripada GST yang telah dilaksanakan April 2015.

Menerusi Survei Malaysia 2017 mengenai mood rakyat yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), 82 peratus rakyat negara ini bersetuju GST adalah punca utama kepada kenaikan kos sara hidup.

“Manakala lapan peratus tidak bersetuju. Jumlah ini mencerminkan penolakan rakyat terhadap GST yang mengakibatkan harga barang semakin naik.

“Hasil dapatan ini diperoleh daripada set soalan Survei Malaysia 2017 yang dijalankan IDE pada 11 hingga 15 Ogos lalu di Semenanjung Malaysia.

"Kajian ini dilaksanakan secara akademik dan saintifik oleh IDE dengan melibatkan 64 orang enumerator terlatih yang turun secara bersemuka dengan 4,468 responden di semua negeri yang dibahagikan mengikut parlimen,” kata IDE dalam kenyataan, semalam.

Kajian berkenaan diketuai Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan kumpulan penyelidikan IDE.

Survei itu sebahagian dapatan Projek Survei Malaysia 2017: Mood Rakyat dan boleh dijadikan asas mengukur persepsi rakyat terhadap isu dikaji bagi enam bulan.

Menurut kenyataan itu, trend penolakan pengundi semakin meningkat dilihat sejak 2015 apabila soalan berkaitan GST diajukan.

“Walaupun kerajaan BN guna segala medium beri pendedahan positif mengenai GST, trend penolakan pengundi semakin meningkat," katanya.

Kenyataan itu menyatakan berdasarkan carian IDE sejak 2015, persepsi masyarakat mengenai kenaikan harga barang memberi kesan kepada sara hidup dan masalah ekonomi rakyat, khusus di kawasan bandar.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Janji pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan merupakan janji realistik malah akan menimbulkan masalah kepada pendapatan negara jika ditunaikan.
  • SHAH ALAM - Langkah pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas 60 barang makanan dibuat hanya kerana bimbang akan kekalahan BN pada PRU14.
  • SHAH ALAM - Pas menjangkakan rakyat akan dipaksa membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk petrol dan juga ubat-ubatan sekiranya BN terus memerintah negara ini.
  • SHAH ALAM - "Jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjaya menyelamatkan ekonomi negara mengapakah ringgit lebih rendah berbanding baht dan rupiah?" Soal Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.