SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak rasa bimbang kedudukannya dalam parti akan terjejas kerana segala pandangan diberikan adalah suara yang telus daripada peringkat akar umbi.

Ketika ini, pucuk pimpinan PKR mempunyai pandangan berbeza sama ada ingin terus bekerjasama dengan Pas atau tidak dalam menghadapi PRU akan datang.

Minggu lalu, Rafizi telah mencadangkan satu kongres khas di peringkat kebangsaan diadakan bagi memutuskan sama ada rundingan dengan Pas perlu diteruskan atau tidak.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan PKR akan terus mengadakan rundingan dengan Pas bagi mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Menurut laporan China Press, kenyataan Azmin ini lalu mencetuskan kontroversi yang mendorong banyak pihak beranggapan hubungan di antara Rafizi dengan timbalan presiden PKR itu semakin tegang.

"Mungkin pihak luar merasakan pengaruh Azmin amat besar. Tetapi sama ada pengundi ataupun akar umbi, pendirian mereka cukup jelas ialah berharap PKR jangan lagi bekerjasama dengan Pas.

"Oleh itu, saya tidak bimbang mengenai diri saya dalam parti kerana saya cuma bercakap benar," katanya kepada akhbar itu.

Mengenai cadangan mengadakan kongres khas, Rafizi berkata, beliau yakin ia akan dapat diadakan dengan menerima persetujuan daripada sejumlah 872 perwakilan sebagai memenuhi kuota minimum.

Sedia hadapi pertandingan tiga penjuru Pakatan Harapan perlu menerima hakikat bahawa gabungan pembangkang ini tidak boleh lagi bekerjasama dengan Pas, malahan perlu bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan, sekiranya Pakatan Harapan masih belum bersedia membuat persiapan menghadapi PRU akan datang, pengundi dan penyokong sudah tentu akan rasa keliru mengenai kesungguhan mereka untuk menentang BN.

"Walaupun akan berlaku pertandingan tiga penjuru, tetapi sebenarnya adalah pertandingan satu lawan satu kerana Pas jelas dilihat akan berada di pihak Umno," katanya seperti yang dipetik dalam Oriental Daily.

Menurut Guan Eng, ada ura-ura menyatakan Pas akan meletakkan calon untuk menentangnya pada PRU akan datang.

"Biasanya sesebuah parti akan hanya tanding di kawasan yang mempunyai harapan untuk menang. Jelas sekali Pas mempunyai kewangan yang banyak.

"Mereka tidak kisah walaupun akan hilang wang pertaruhan," katanya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda.
  • SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan Kementerian Kewangan yang mendakwa dirinya memanipulasi isu penjualan aset kerajaan.
  • SHAH ALAM - - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyahut cabaran Pas untuk berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu.
  • SHAH ALAM - - Sekretariat Penganjur #Black505 hari ini menafikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengatakan penganjur 'Blackout 505' telah mengeluarkan arahan supaya melakukan provokasi terhadap anggota polis untuk tujuan mencetuskan rusuhan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.