SHAH ALAM - PRU14 yang bakal menjelang mungkin akan disifatkan sebagai PRU paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Bekas ahli Umno dan juga Parti Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, namun Pakatan Harapan masih berupaya untuk memenangi PRU akan datang sekiranya mereka dapat membuktikan yang pembangkang adalah barisan parti yang tulen.

"Kalau boleh buktikan kepada rakyat yang kita adalah parti yang tulen, ya, kita boleh menang. Tentang Pas, kita tidak perlu takut.

"Pas ini pada hakikatnya mereka sedang gali perigi dan terjun. Kemungkinan mereka akan lemas," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan yang kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Harapan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pas, Pakatan Harapan dengan Umno.

Kemungkinan tersebut, menurutnya lagi, boleh berlaku sekiranya Pas mengumumkan kerjasama dengan Umno secara rasmi.

"Yakinlah, kalau Pas umum secara formal yang mereka akan kerjasama dengan Umno, kita jangan takut, (kalau lawan tiga penjuru, insya-ALLAH saya yakin, kita akan menang.

"Kerana Pas pada hakikatnya akan hilang banyak pengaruh di kalangan ahli peringkat akar umbi sekiranya mereka terus kerjasama dengan Umno," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Barisan Nasiobal (BN) Pahang hanya akan mengemukakan calon yang disukai rakyat pada PRU14 nanti bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih tinggi, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
  • SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, membayangkan PRU14, yang bakal berkunjung tiba dalam masa terdekat menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak Umno/BN kali ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.